|
PINTU MASUK |
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung mula dibina pada tahun 1985 dibawah Projek Pinjaman Bank Dunia dengan kos sebanyak RM 4.2 Juta. Pembinaan ini termasuklah Sekolah Kebangsaan Seri Manjung. Sekolah ini terletak di Manjung, Lumut, Perak. Sekolah ini mempunyai dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Pelajar sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum. Namun, majoriti ialah kaum Melayu. Visi sekolah ini adalah untuk cemerlang pada tahun 2015. Misi sekolah Seri Manjung ialah melestarikan sistem pendidikan visi berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Terdapat tujuh objektif utama sekolah ini. Antaranya ;
- Memupuk 17 nilai murni kearah pembentukan murid-murid yang baik dan sempurna sahsiahnya.
- Meningkatkan tahap prestasi murid-murid sehingga 100% dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
- Menerapkan semangat cinta terhadap sekolah, agama, bangsa dan negara.
- Melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan bersatu padu ke arah pembentukan insan yang cemerlang.
- Melahirkan murid-murid yang berwawasan dan berdaya kepimpinan ke arah mencapai kemajuan negara.
- Memastikan pengurusan dan pentadbiran dilaksanakan dengan cekap, telus, dan berkesan.
- Menjadikan sekolah sentiasa dalam keadaan bersih, ceria dan selamat untuk menjamin kesejahteraan warga sekolah.
|
VISI DAN MISI
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan