KEMAHIRAN BERFIKIR


MAKSUD BERFIKIR

Menurut Kamus Dewan, fikir bermaksud akal atau keupayaan untuk berfikir manakala berfikir mengikut terjemahan kamus dewan pula bererti menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu. Jadi dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran berfikir ialah kemahiran menggunakan akal untukmenyelesaikan sesuatu. Menurut Fraenkel (1980), berfikir merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.  Menurut John Dewey, berfikir ialah satu operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supayafakta dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada. Selain itu, menurut Beyer pula, beliau mendefinisikan berfikir sebagai memanipulasi input deriadan persepsi yang diingat kembali secara mental untuk membentuk pemikiran, sebab atau keputusan.

Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir secara menaakul dapat membantu dalam membuat pertimbangan secara logic dan rasional kepada  semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran berfikir telah disusun mengikut hieraki daripada kemahiram asas kepada kemahiran yang lebih kompleks. Berfikir melibatkan tiga komponen, iaitu operasi mental, pengetahuandan sikap. Operasi mental dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kognitif dan metakognitif. Operasi kognitif digunakan untuk mencari makna danmeliputi kemahiran yang ringkas dan strategi atau proses yang kompleks.

Operasi metakognitif pula ialah operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran dan proses kognitif. Metakognisi selalunya diertikan sebagai berfikir tentang pemikiran dan melibatkan operasi memandu usahaseseorang demi mencari makna, khususnya operasi merancang, mengarahdan menilai pemikirannya. Oleh yang demikian, proses berfikir melibatkan interaksi antara  pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai. Contohnya dapat digambarkan pada rajah di bawah.





MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR


Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif pula ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea bari terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju kea rah menkonsepsi, mebuat keputusan atau menyelesaikan masalah. 





Kemahiran berfikir dalam model ini telah disusun mengikut hierarki daripada kemahiran asas kepada yang lebih kompleks. Dalam pengajaran dan pembelajaran , kemahiran berfikir perlu diperkenalkan mengikut urutan. Murid perlu mempelajari dan menguasai kemahiran berfikir yang asas sebelum mempelajari kemahiran berfikir yang lebih kompleks. Sekiranya dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran berfikir yang akan dipelajarai adalah membuat urutan, murid seharusnya telah mempelajari dan menguasai kemahiran yang sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membandingkan dan membezakan, serta mengumpul dan mengelaskan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan