KREATIF


MAKSUD  KREATIF


Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah keupayaan seseorang untuk menghasilkan dan mencetuskan idea yang baru dan mempunyai idea tulen yang tersendiri. Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil adea yang diilhamkan sendiri daripada individu atau hasil daripada gabungan idea yang sedia ada.

KEPENTINGAN BERFIKIR SECARA KREATIF

Kemahiran berfikir secara kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Keupayaan meningkatkan pemikiran ini sudah tentu dapat membantu pelajar dalam memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka pelajari semasa pembelajaran.

PROSES BERFIKIR SECARA KREATIF

1) MENJANA IDEA
Menjanakan idea merupakan satu proses menghasilkan sesuatu idea, pandangan atau pendapat secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak mencari idea baru dan mencari alternatif bagi sesuatu perkara.


2) MEMBUAT INFERENS
Merupakan tingkahlaku minda dalam membuat kesimpulan atau andaian awal daripada sumber berasaskan isyarat-isyarat atau tanda-tanda bagi memperoleh maklumat yang tersirat. Kesimpulan awal yang dibuat ini ada kemungkinan ianya benar atau pun tidak kerana kesimpulan itu hanya akan diperoleh berdasarkan maklumat daripada sesuatu pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak merancangkan langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan; dan menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.


3) MERAMAL
Merupakan sejenis kemahiran berfikir yang membolehkan pelajar membuat jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti dan maklumat tertentu. Aktiviti membuat ramalan pula akan dilakukan sekiranya pelajar hendak memilih tindakan yang sesuai dengan perkara yang dandaikan akan berlaku; dan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu perkara.


CIRI-CIRI PEMIKIRAN KREATIF

Antara beberapa ciri-ciri pemikiran kreatif ialah keaslian, kelancaran, kefleksibelan, dan penghuraian.

1) Keaslian

Idea-idea yang diterbitkan adalah luar biasa dan asli. Ia tidak ditiru atau diciplak bulat-bulat. Keasliannya tetap dipelihara dengan syarat idea tersebut merupakan pembaikkan daripada idea lama. Kita mendapat idea hasil daripada apa yang kita lihat dan saksikan seperti benda, perkara dan peristiwa yang berlaku di sekeliling. Sudah sekian lama kita dapati orang mengukur kelapa secara tradisional. Ia bukan sahaja tidak efisien tetapi amat memenatkan. Apabila satu alat ukur kelapa yang canggih dan ekonomik dicipta, ia boleh dilabelkan sebagai asli dan baru kerana masih belum terdapat idea yang kita bayangkan.

2) Kelancaran

Ini bermaksud keupayaan untuk melahirkan idea kreatif secara spontan dan ada pula yang memakan masa yang agak lama untuk diterbitkan. Ia bergantung kepada individu, persekitaran dan darjah sesuatu penyelesaian masalah dan membuat keputusan.


PROSES MENERBITKAN PEMIKIRAN KREATIF

Idea sangat penting kepada manusia kerana dengannya manusia boleh membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kreativiti terdiri dari himpunan pengetahuan, imginasi, dan penilaian. Proses ini berlaku menerusi peyusunan semula dan perkaitan antara pengetahuan dan pengalaman dalam cara yang baru. Untuk berfikiran kreatif, seseorang perlu mempunyai maklumat tentang perkara yang hendak difikirkan. Terdapat beberapa cara bagaimana sesuatu idea kreatif dapat diterbitkan antaranya,

a) Proses menyoal

Sesorang itu akan menyoal apabila ia ingin tahu atau tidak pasti akan sesuatu. Soalan boleh ditujukan pada diri sendiri atau kepada orang lain. Keadaan ini akan membuka minda kita dengan lebih luas.


b) Proses tidak sengaja

Proses ini berlaku secara tidak langsung. Idea datang menerusi pemerhatian persekitaran dan mendapat idea dari persekitaran.


c) Pengalaman

Reka cipta melalui pengalaman adalah berbeza daripada reka cipta yang melalui proses tidak sengaja. Melalui pengalaman kita tahu bahawa sesuatu yang dicipta itu akan berjaya.


d) Proses kesilapan

Kemajuan dalam bidang sains dan perubatan adalah hasil dari kajian dan menjalankan eksperimen. Di dalam proses tersebut kadang-kadang ahli sains membuat kesilapan dalam pentafsiran dan penelitian. Dalam kesilapan tersebut mereka menjumpai formula atau kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atau menjayakan kajiannya.


TEKNIK-TEKNIK MELAHIRKAN PEMIKIRAN KREATIF

1) Teknik sumbangsaran

Pengumpulan idea daripada ahli kumpulan tanpa menjalankan undian atau kritikan terhadap idea yang diberikan walaupun tidak logik seterusnya perbincangan bersama akan dijalankan untuk menentukan idea yang akan diguna pakai.


2) Teknik peniruan

Meniru apa yang pernah dibuat oleh orang lain sehingga mendapat satu idea baru yang diinginkan .


3) Teknik peta minda

Melibatkan mengambil nota dan menggunakannya untuk menjana idea secara berkaitan. Ciri utama ialah memori visual, kata kunci, penglibatan secara sedar, pengelompakan dan perkaitan.


4) Analisis inventori masalah


Menfokus kepada masalah-masalah yang wujud. Mengenalpasti masalah dan membincangkan masalah.

1 ulasan: